Brazil sahkan kes pertama Covid-19


Pesakit tiba di Sao Paulo minggu lalu selepas mengunjungi Perancis dan Itali dirawat di Hospital Albert Einstein selepas disahkan dijangkiti Covid-19. – Gambar EPA, 27 Februari, 2020.

PIHAK berkuasa kesihatan Brazil semalam mengesahkan kes pertama Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Kesihatan Brazil Luiz Mandetta berkata pada sidang akhbar, seorang lelaki berusia 61 tahun didapati positif Covid-19, kes pertama disahkan di Amerika Latin.

Pesakit itu tiba di Sao Paulo minggu lalu selepas mengunjungi Perancis dan Itali, kini dikuarantin di rumah serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, pesakit itu dirawat di Hospital Albert Einstein, kata Mandetta. – Bernama, 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen