AS, Korea Selatan tangguh latihan tentera kerana koronavirus


AS mempunyai 28,500 anggota tentera di Korea Selatan untuk melindungi negara itu daripada senjata nuklear Korea Utara. – Gambar EPA, 27 Februari, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) dan Korea Selatan menangguhkan latihan ketenteraan bersama susulan wabak koronavirus, dengn negara Asia itu melaporkan 334 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 1,595 kes.

Keputusan untuk menangguhkan latihan itu dibuat selepas Seoul mengisytiharkan ia pada paras amaran tertinggi berhubung virus itu, kata pasukan tenteranya, menambah penangguhan dibuat hingga diberitahu kelak.

AS mempunyai 28,500 anggota tentera di Korea Selatan untuk melindungi negara itu daripada senjata nuklear Korea Utara.

Kebanyakan anggota berada di pangkalan di Kem Humphreys di Pyeongtaek – fasiliti tentera Washington yang terbesar di luar negara. – AFP, 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen