Projek kenderaan Malaysia tingkatkan keupayaan Proton, Perodua, Modenas


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata projek kenderaan Malaysia dijangka memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara dengan menyokong industri huluan dan hiliran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 Februari, 2020.

PROJEK kenderaan Malaysia di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 akan meningkatkan keupayaan jenama kenderaan kebangsaan iaitu Proton, Perodua dan Modenas melalui penyelidikan serta pembangunan dan teknologi terkini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Pembangunan dua kereta kebangsaan dan satu motosikal di bawah jenama kebangsaan akan diteruskan di bawah MVP yang diumumkan oleh Dr Mahathir Mohamad hari ini ketika melancarkan NAP 2020.

“Kerajaan sudah membuat keputusan di bawah NAP 2020 untuk melaksanakan projek kenderaan Malaysia yang baru, membina usaha kita untuk membangunkan dua kereta dan satu motosikal nasional. 

“Projek kenderaan yang dicadangkan akan memberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggabungan teknologi terkini untuk bersaing dalam pasaran domestik dan global.

“Kelompok teknologi baru serta tenaga kerja pakar baru, terutama dalam bidang kejuruteraan automotif juga akan dibangunkan,” katanya pada pelancaran edisi keempat NAP 2020 hari ini.

Beliau berkata projek kenderaan Malaysia dijangka memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara dengan menyokong industri huluan dan hiliran.

Ini akan dilakukan melalui penciptaan permintaan bagi bahan berkaitan sektor automotif, seperti keluli gred tinggi, plastik, getah dan produk petrokimia yang akan merangsang pertumbuhan selanjutnya dalam subsektor ini. – 21 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen