Polis Sepanyol selamatkan 6 pekerja terperangkap bawah tanah 


Pihak berkuasa Sepanyol di kilang rokok bawah tanah pertama yang ditemui di Kesatuan Eropah. – Gambar AFP, 21 Februari, 2020.

PIHAK berkuasa Sepanyol dengan kerjasama Europol menyelamatkan enam pekerja yang terperangkap dalam kilang rokok tiruan terletak 13 kaki bawah tanah.

Ia adalah kilang bawah tanah pertama ditemui di Kesatuan Eropah.

Tapak kilang itu ditemui minggu lalu dekat Moran, sebuah bandar di kawasan pergunungan di wilayah Malaga.

Ia mampu menghasilkan lebih daripada 3,500 rokok dalam tempoh sejam, kata pihak berkuasa.

“Enam pekerja di dalam kilang mengalami sesak nafas kerana mesin janakuasa yang mengepam oksigen kehabisan gas.”

Pada 13 Februari lalu polis menahan 20 orang disyaki menjalankan operasi kilang haram itu, tetapi tidak menyebut bahawa enam rakyat Ukraine terperangkap di bawah tanah.  AFP, 21 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen