115 lagi kes kematian akibat Covid-19 di Hubei


Ini menjadikan angka korban akibat jangkitan Covid-19 di China naik kepada 2,233 orang. – Gambar AFP, 21 Februari, 2020.

ANGKA korban akibat jangkitan Covid-19 di China naik kepada 2,233 orang, susulan 115 lagi kes kematian disahkan di wilayah Hubei hari ini.

Suruhanjaya Kesihatan wilayah itu berkata kebanyakan kes dilaporkan di Wuhan.

Kira-kira 75,000 orang dijangkiti virus itu di China, manakala beratus lagi kes di lebih 25 buah negara.

Menurut suruhanjaya kesihatan lagi, sebanyak 411 kes baharu disahkan di Hubei. Di Wuhan sahaja 319 kes dilaporkan, manakala selebihnya di beberapa bandar lain.

Kerajaan pusat semalam berkata kaedah mengiran pesakit yang dijangkiti Covid-19 akan diubah sekali lagi, dan kali ini ia hanya akan membabitkan mereka yang dikesan melalui ujian makmal. – AFP, 21 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen