15 kanak-kanak maut kebakaran rumah anak yatim di Haiti


Keadaan rumah anak yatim yang terbakar di Port-au-Prince dan meragut nyawa 15 kanak-kanak. – Gambar EPA, 15 Februari, 2020.

SEBUAH rumah anak yatim tidak berlesen di luar ibu negara Haiti, Port-au-Prince, membunuh 15 kanak-kanak, kata hakim tempatan memberitahu AFP pada Jumaat.

Bangunan yang tidak dibenarkan beroperasi sebagai rumah anak yatim sejak 2013 - menempatkan kira-kira 66 kanak-kanak, kata Raymonde Jean Antoine.

Kebakaran di bandar Kenscoff berlaku sejurus selepas pukul 9 malam Khamis (0200 GMT Jumaat), katanya.

Dua kanak-kanak meninggal dunia dalam kebakaran dan 13 yang lain meninggal dunia di hospital tempatan akibat terhidu asap, tambah hakim.

Punca kebakaran dan umur mangsa tidak masih tidak diketahui.

Bangunan dua tingkat itu berada dalam keadaan uzur dengan katil dua tingkat yang di antaranya dalam keadaan menyedihkan - memenuhi bilik yang sempit, tangga yang kecil dan terdapat hanya satu pintu keluar yang boleh digunakan, kata wartawan AFP yang melihat sendiri tempat kejadian. – AFP, 15 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen