Pemimpin pemisah Catalonia serah diri 


Jurucakap pendakwa raya Gilles Dejemeppe ketika bercakap pada sidang media berhubung penahanan Carles Puigdemont yang menyerah diri bersama emat bekas menterinya di Brussel. – Gambar EPA, 5 November, 2017.  

PEMIMPIN pemisah Catalonia Carles Puigdemont dan empat bekas menterinya menyerah diri kepada polis Belgium pada Ahad selepas Sepanyol mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Kelima-lima mereka yang berdepan tuduhan memberontak dan hasutan di Sepanyol, muncul pada Ahad sebelum hakim membuat keputusan dalam tempoh 24 jam sama ada untuk menahan atau membebaskan mereka.

Ia merupakan perkembangan terbaru krisis puak pemisah Catalonia yang mendesak kemerdekaan daripada Sepanyol hingga mencetuskan gelombang merentasi Eropah.

Puigdemont dan sekutunya melarikan diri ke Belgium pada Isnin selepas Sepanyol memecat pemerintah Catalonia itu dan mengenakan perrintah terus ke atas Madrid berikutan deklarasi kemerdekaan parlimen wilayah itu bulan lalu.

“Kebebasan mereka diucutkan pada 9.17 pagi (waktu tempatan) kata pejabat pendakwaraya Belgium.

“Kami berhubung dnegan peguam lima individu terbabit dan mereka bersetuju untuk menyerah diri di balai polis,” kata jurucakap pendakwaraya Gilles Dejemeppe.

“Mereka menghormati komitmen itu.”

Hanya mereka berlima, peguam mereka dan jurubahasa akan hadir pada pendengaran Ahad depan.

Sepanyol mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka pada Jumaat kerana gagal untuk hadir kepada hakim berhubung dakwaan hasutan, pemberontakan dan penyalahgunaan dana awam dalam gerakan untuk mengisytiharkan Catalonia sebagai sebuah republik bebas.

Hakim di Madrid pada Khamis memutuskan untuk memenjarakan timbalannya dan tujuh lagi menteri wilayah itu kerana bimbang mereka akan melarikan diri.  – AFP, 5 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen