Kadar gaji minimum Malaysia di tangga ke-20 daripada 54 negara


Ragananthini Vethasalam

Dalam laporan yang dikeluarkan pada 13 Januari, firma e-dagang Picodi.com berkata gaji minimum bagi pekerja sepenuh masa pada tahun ini sebanyak RM1059.95 berbanding RM971.65 pada 2019. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2020.

KADAR gaji minimum di Malaysia melonjak 9.1%, berada di tangga ke-20 daripada 54 negara yang menunjukkan peningkatan, menurut firma e-dagang Picodi.com.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada 13 Januari, firma itu berkata gaji minimum bagi pekerja sepenuh masa pada tahun ini sebanyak RM1059.95 berbanding RM971.65 pada 2019.

Kiraan itu berdasarkan gaji minimum terkini berbanding kadar pada tahun lepas, menurut firma Poland itu.

Gaji minimum pekerja di Malaysia pada 2019 adalah RM1,100, meningkat daripada RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah juga Sarawak pada 2018.

Kadar RM1,200 ditetapkan sebagai gaji minimum berkuat kuasa 1 Februari, tetapi hanya di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran.

Menurut Picodi lagi, dari segi peratusan Malaysia berada di depan diikuti Hong Kong (8.7%), UK (4.8%) dan Korea Selatan (2.5%). Malaysia mendahului walaupun gaji minimum di ketiga-tiga negara berkenaan lebih tinggi dari segi nilai.

Gaji minimum pekerja Malaysia jika ditukar kepada dolar AS adalah AS$255 berbanding AS$958 di Hong Kong, AS$1,531 di UK dan AS$1,390 di Korea Selatan.

Gaji minimum dan harga makanan

Bagi harga makanan pula, laporan Picodi berkata rakyat Malaysia perlu berbelanja sebanyak RM343.87 bagi lapan makanan asas untuk seorang dewasa.

Lapan makanan asas tersebut adalah roti, telur, beras, keju, daging, buah-buahan dan sayuran berdasarkan harga pada 2020.

Data harga makanan di Malaysia diperolehi daripada numbeo.com yang mendapatkan maklumat dari pengguna Internet, tambah Picodi.

“Perbelanjaan bagi makanan asas ini adalah 32.4% daripada gaji minimum yang diperolehi. Dengan harga tahun lepas, perbelanjaan bagi barangan yang samaadalah 37.2% daripada gaji minimum pada tahun lepas.

“Ini bermakna di Malaysia kenaikan gaji mengatasi kenaikan harga makanan.”

Apabila diuji terhadap harga makanan, laporan itu mengatakan rakyat Malaysia perlu membelanjakan RM343.87 untuk lapan barangan makanan asas dalam bakul belanja Picodi yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemakanan asas orang dewasa.

Barangan berkenaan adalah roti, susu, telur, beras, keju, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran berdasarkan harga barangan berkenaan pada 2020. Menurut Picodi, ia mendapat data harga makanan Malaysia daripada numbeo.com yang mana maklumat itu disumbangkan oleh pengguna internet. 

“Bakul belanja asas menjadikan 32.4% dari gaji bersih minimum. Dengan harga tahun lepas, produk yang sama menghasilkan 37.2% daripada gaji minimum pada masa itu.

“Ini bermakna di Malaysia, kenaikan upah mengatasi kenaikan harga.”

Apakah relitinya?

Bagaimanapun, laporan Picodi tidak harus mengalih perhatian daripada perbahasan sebenar mengenai gaji minimum Malaysia dan sama ada ia benar-benar mencukupi untuk menampung kos sara hidup, kata pakar ekonomi dari Institut Asia-Eropah Prof Dr Rajah Rasiah.

Mengulas mengenai dapatan laporan itu, Rajah berkata kajian itu sepatutnya telah menyesuaikan penyimpangan untuk harga barangan yang digunakan di rantau ini serta bahagian pendapatan boleh guna yang disalurkan ke dalam pembelian makanan.– 16 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen