Pasukan keselamatan Turki musnah 11 tempat persembunyian militan


PKK disenaraikan sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan ​​​​​​Eropah. – Gambar AFP, 15 Januari, 2020.

PASUKAN keselamatan Turki telah memusnahkan 11 tempat persembunyian pengganas YPG/PKK di timur negara itu, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan pegawai tempatan pada Rabu.

Bertindak atas satu maklumat, pasukan gendarmerie telah melancarkan satu operasi di Tatvan dalam wilayah Bitlis pada Selasa, menurut pejabat gabenor dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut bahawa sejumlah 12 pasukan khas dan enam pasukan keselamatan awam gendarmerie mengambil bahagian dalam operasi tersebut.

Ia turut menegaskan bahawa operasi itu adalah bagi memastikan keselamatan dan keamanan di rantau tersebut akan berterusan.

PKK - yang disenaraikan sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Turki Amerika Syarikat dan Kesatuan ​​​​​​Eropah - telah melancarkan satu kempen keganasan terhadap Turki selama lebih 30 tahun, yang mengakibatkan kematian hampir 40,000 orang.

YPG adalah cawangan PKK di Syria. – Bernama, 15 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen