Menteri Jepun ambil cuti bersalin untuk bapa


Shinjiro Koizumi menjadi menteri pertama di Jepun secara terbuka umum cuti bersalin dua minggu sempena kelahiran bayinya. – Gambar EPA, 15 Januari, 2020.

MENTERI alam sekitar Jepun semalam berkata akan mengambil cuti bersalin bagi bapa selama dua minggu.

Ini kali pertama menteri Kabinet secara terbuka mengumumkan langkah seperti itu di Jepun.

Shinjiro Koizumi, 38, mengahwini seorang bekas pembaca berita televisyen, memberitahu perkara itu pada mesyuarat kementerian, ia satu keputusan sukar untuk mengimbangi tugasnya sebagai menteri dan keinginannya untuk bersama bayinya.

“Saya mahu mengambil cuti dua minggu secara fleksibel,” katanya, menambah berharap keputusan itu akan dapat membantu mengubah persepsi dan menggalakkan bapa lain mengikut langkahnya.

Beliau tidak akan mengambil cuti secara berturut-turut dan dijangka bekerja dari luar pejabat atau memendekkan waktu bekerja sepanjang tempoh dua minggu itu – iaitu tiga bulan dari kelahiran bayinya.

Jurucakap kerajaan menyokong langkah itu, berkata amat penting untuk mencipta suasana bekerja yang kondusif dan penerimaan sosial serta sokongan untuk lelaki yang meminta dan mengambil cuti bersalin.

Ketua setiausaha Kabinet Yoshihide Suga berkata beliau berharap keputusan Koizumi akan memberi kesan positif terhadap sikap bapa dalam mendidik anak. – AFP, 15 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen