Hak asasi manusia lambat berkembang di Malaysia, kata pemantau


Timbalan Pengarah HRW Asia Phil Robertson berkata kemajuan Malaysia berkenaan perubahan hak asasi manusia di bawah kerajaan PH adalah perlahan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2020.

PERUBAHAN hak asasi manusia perlahan di bawah kerajaan baharu, menurut laporan terbaharu Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW).

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat beberapa janji tetapi hampir dua tahun selepas mentadbir negara, ia sama ada “patah balik atau lambat mengambil tindakan dalam komitmen kempennya”, menurut laporan itu.

Dalam penilaiannya di Malaysia bagi 2019, ia berkata proses perubahan yang tertangguh adakah kerana “kurang kehendak politik untuk mempertahankan prinsip ketika berdepan dengan bantahan politik”, kata Timbalan Pengarah HRW Asia Phil Robertson dalam laporan itu.

HRW berkata langkah positif dibuat oleh kerajaan PH seperti memansuhkan undang-undang Anti Berita Palsu, melanjutkan draf undang-undang penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan mengukuhkan kebebasan Parlimen untuk mempertimbangkan isu hak asasi.

Ia juga menyatakan bagaimana kerajaan terus vokal tentang layanan buruk Myanmar terhadap Muslim Rohingya, tetapi Putrajaya tidak mengkritik secara terbuka layanan China terhadap minoriti Islam Uighur di Xinjiang. HRW menyatakan China adalah rakan dagang terbesar Malaysia. – 14 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen