Seorang mati, seorang hilang loji kimia meletup di Sepanyol


Seorang terbunuh, lapan lagi cedera dan seorang masih hilang dalam kejadian letupan dan kebakaran di loji kimia di tenggara Sepanyol semalam, kata pihak berkuasa. – Gambar EPA, 15 Januari, 2020.

SEORANG terbunuh, lapan lagi cedera dan seorang masih hilang dalam kejadian letupan dan kebakaran di loji kimia di tenggara Sepanyol semalam, kata pihak berkuasa.

Punca letupan di bangunan IQOXE – yang khusus dalam pengeluaran etilena oksida, glikol dan propilina oksida – masih belum diketahui.

Pihak berkuasa perlindungan awam Sepanyol berkata tiada kesan toksik dikesan di kawasan sekitar.

Anggota bomba dikerah memadamkan api yang dikatakan bermula di tangki etilena oksida dan untuk “menyejukkan tangki bersebelahan”.

Perkhidmatan kecemasan berkata lapan cedera, termasuk dua mengalami lecur teruk, susula letupan di La Canonja, satu bandar di wilayah Tarragona.

Rakaman video menunjukkan api tinggi dan asap di sekeliling kompleks.

Mangsa yang terbunuh berada di sebuah rumah yang musnah dalam letupan itu, kata perkhidmatan perlindungan sivil.

Mangsa yang hilang ialah seorang pekerja loji itu. – AFP, 15 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen