Fuziah kesal cara pekebun sayur Cameron Highlands dihalau


Pengerusi PH Pahang Fuziah Salleh berkata beliau kesal dengan tindakan keganasan yang berlaku terhadap pekebun sayur di Cameron Highlands yang diarah mengosongkan kebun mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2019.

KESAL dengan tindakan keganasan yang dilakukan terhadap pekebun sayur haram di Cameron Highlands, Fuziah Salleh berkata kerajaan negeri sepatutnya boleh menyelesaikan isu itu menerusi “rundingan menang-menang”.

“Tindakan kerajaan negeri Pahang menggunakan keganasan ke atas pekebun sayur di Cameron Highlands adalah amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku. Tambahan pula pada musim perayaan ini,” kata ahli Parlimen Kuantan itu di Facebook hari ini.

Fuziah berkata kerajaan negeri sepatutnya lebih bertimbang rasa dengan membenarkan pekebun terbabit menuai tanaman mereka terlebih dulu.

“Tambahan pula waktu ini musim perayaan. Dan anak-anak mereka akan mula bersekolah. Tentu sekali hasil tuaian mereka di perlukan untuk membiayai persekolahan awal tahun anak mereka nanti,” katanya.

Kerajaan kemudian boleh memindahkan mereka ke kawasan lain menerusi rundingan yang sewajarnya, katanya.

Semalam, pemimpin MIC Pahang V. Arumugam bersama sekumpulan 11 ahli majlis tempatan MIC di negeri tu meletak jawatan sebagai sokongan kepada kira-kira 60 pekebun India di Kuala Terla yang diarahkan oleh kerajaan negeri Pahang mengosongkan kebun mereka tanpa menawarkan penyelesaian alternatif. – 24 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen