Saksi tidak temui bukti kebakaran berpunca daripada telefon bimbit


Samirah Muzaffar dituduh membunuh suaminya, CEO Crade Fund Nazrin Hassan bersama dua remaja lelaki serta seorang warga Indonesia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Disember, 2019.

SAKSI pendakwaan ke-15 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini bahawa beliau belum pernah menjumpai kes kebakaran berpunca daripada letupan telefon jenis Blackberry.

Pegawai penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Abdul Halim Zulkefeli berkata beliau juga ada membuat kajian, bagi memastikan jika pernah wujud kes letupan telefon jenis itu, sehingga menyebabkan kebakaran sebelum ini namun tidak menjumpainya.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen