AS akan hantar duta ke Sudan


Setiausaha Negara AS Mike Pompeo umum negara itu akan melantik seorang duta ke Khartoum, tertakluk kepada kelulusan Senat. – Gambar EPA, 5 Disember, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) semalam berkata ia akan melantik duta ke Sudan, kali pertama dalam tempoh 23 tahun susulan ia meraikan pemimpin baharu negara itu.

AS mengalu-alukan langkah awal diambil oleh Perdana Menteri Abdalla Hamdok untuk menamatkan dasar dan amalan rejim terdahulu, yang mempunyai hubungan tegang dengan Barat.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo mengumumkan negara itu akan melantik seorang duta ke Khartoum, tertakluk kepada kelulusan Senat, dan Sudan akan mengembalikan wakilnya ke Washington.

“Ini langkah bersejarah untuk mengukuhkan hubungan dua hala kami,” kata Pompeo di Twitter.

Hamdok menunjukkan komitmen untuk rundingan damai dengan kumpulan bersenjata pembangkang, menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat keganasan terhadap penunjuk perasaan dan komited mengadakan pilihan raya demokratik pada hujung tempoh peralihan 39 bulan, katanya.

Hamdok, mendapat pendidikan di Britain, dan juga bekas diplomat dan pegawai PBB, menjadi pemimpin pertama Sudan yang melawat Washington sejak 1985.

Bagaimanapun, sambutan untuknya agak sederhana, akan disambut oleh David Hale dari Jabatan Dalam Negeri dan wakil rakyat. Pompeo dan Presiden Donald Trump berada di luar negara.

Hamdok memulakan tugasnya pada Ogos selepas berbulan-bulan demonstrasi diketuai golongan muda berlangsung dan menjatuhkan pemimpin Omar al-Bashir, dan kemudiannya majlis tentera yang cuba mengawal kuasa. – AFP, 5 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen