Instagram minta tarikh lahir sebelum buka akaun


Instagram meletakkan syarat umur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk pengguna membuka akaun di media sosial itu. – Gambar EPA, 5 Disember, 2019.

INSTAGRAM semalam berkata ia akan meletakkan syarat baharu kepada pengguna untuk mengesahkan umur sekurang-kurangnya 13 tahun ketika membuka akaun media sosial milik Facebook itu.

Langkah berkenaan bagi membantu Instagram mematuhi undang-undang Amerika Syarikat dan polisinya sendiri yang memerlukan pengguna berusia sekurang-kurangnya 13 tahun.

“Mendapatkan maklumat ini akan membantu mencegah individu bawah umur menyertai Instagram, membantu kami memastikan golongan muda lebih selamat,” kata blog Instagram.

Syarikat itu berkata maklumat umur tidak akan dilihat oleh pengguna lain tetapi akan membantu dalam mencipta “media yang lebih sesuai umur dan selamat” di rangkaian sosial yang mempunyai lebih satu bilion pengguna itu.

Masih tidak jelas bagaimana Instagram akan melindungi pengguna muda yang memberikan maklumat palsu. – AFP, 5 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen