Senat Jerman minta usul kaji semula pengurangan cukai akta iklim 


Bundesrat memutuskan usul pengurangan harga tiket laluan jauh, kini perlu dibincangkan jawatankuasa timbang tara berhubung isu agihan kos kerajaan negeri dan persekutuan, lapor agensi berita Xinhua. – Gambar AFP, 30 November, 2019.

DEWAN senat Parlimen Jerman,  Bundesrat, pada Jumaat menyekat beberapa komponen penting pakej iklim seperti pengurangan tiket kereta api dan insentif baik pulih bangunan lama.

Bundesrat memutuskan usul pengurangan harga tiket laluan jauh, kini perlu dibincangkan jawatankuasa timbang tara berhubung isu agihan kos kerajaan negeri dan persekutuan, lapor agensi berita Xinhua.

Bagi menggalakkan peralihan daripada kereta kepada kereta api mesra alam, pakej iklim kerajaan pada awalnya mengusulkan pengurangan cukai nilai tambah harga tiket perjalanan jarak jauh daripada 19 kepada 7 peratus.

“Saya tidak fikir sesiapa saja cuba menghalang harga kereta api yang lebih rendah pada ketika ini,” kata Ketua Menteri Schleswig-Holstein, Daniel Guenther.

Bagaimanapun, kita tidak boleh menerima kerugian akibat penurunan perolehan cukai hanya kepada kerajaan persekutuan Jerman dan majlis perbandaran, katanya. 

Berhubung insentif kewangan bagi membaik pulih bangunan lama bagi menjadikan struktur cekap kuasa, Bundesrat memutuskan ia juga perlu ditangani jawatankuasa timbang tara.

Ini kerana kerajaan persekutuan bimbang kehilangan perolehan cukai dan menuntut cadangan baharu untuk agihan bebanan kewangan.

Perkara lain dalam pakej itu yang dipersetujui anggota dewan termasuk berhubung harga pelepasan karbon CO2 dalam sektor pengangkutan dan bangunan, kerana ia tidak memerlukan persetujuan negeri-negeri.

Harga asas CO2 ditetapkan pada 2021 adalah sebanyak 10 Euro (US$11.1) bagi setiap tan yang dilepaskan.

Menjelang 2025, harga CO2 dijadual dinaikkan secara berperingkat sehingga 35 euro dan akan ditentukan mengikut pasaran tukaran pensijilan karbon selepas 2026. – Bernama, 30 November, 2019.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen