Noh Omar perlu minta maaf kerana keluar kata kesat, kata Patriot


Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar diminta untuk meminta maaf kepada semua wanita dan golongan muda kerana mengeluarkan kata-kata kesat di Parlimen dua minggu lalu. – Gambar fail The Malaysian Insigt, 30 November, 2019.

SEORANG ahli Parlimen pembangkang yang mengeluarkan kata kesat di Parlimen dua hari lalu sepatutnya meminta maaf kepada semua wanita, kata Brig-Gen (rtd) Mohamed Arshad Raji.

Presiden Persatuan Patriot Nasional (Patriot) berkata walaupun speaker telah mengecam ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar kerana mengeluarkan kata-kata kesat namun ia masih tidak mencukupi.

“Meminta penarikan semula perkataan yang tidak dapat diungkapkan itu terlalu ringan. Ahli Parlimen Tanjung Karang yang dipanggil Yang Berhormat Noh Omar yang mengeluarkan kata yang tak sepatutnya juga harus meminta maaf kepada semua wanita dan juga anak muda di negara ini.

“Beliau beri contoh yang buruk sebagai seorang dewasa, seorang bapa dan pastinya tidak layak menjadi ahli Parlimen,” kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua veteran itu berkata Parlimen tidak ada tempat untuk anggota yang berkelakuan seperti samseng dari segi bahasa yang digunakan dan tingkah laku yang salah. 

Pada Rabu lalu Noh telah mengeluarkan kata-kata kesat selepas Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer memanggilnya “bodoh” kerana membuat tuduhan terhadap Timbalan Speaker Ng Kor Ming.

Semalam selepas mendapat aduan daripada kedua-dua belah pihak Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan kedua-dua mereka untuk menarik semula kenyataan. – 30 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen