Anak lelaki bekas presiden Jerman maut ditikam


Anak lelaki bekas presiden Jerman Richard von Weizsaecker terbunuh dalam serangan di sebuah hospital di barat Berlin.– Gambar EPA, 20 November, 2019.

ANAK lelaki bekas presiden Jerman Richard von Weizsaecker maut dalam selepas ditikam seroang lelaki di sebuah hospital di Berlin.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi mengalami cedera parah.

Motif serangan ke atas Fritz von Weizsaecker, 59, masih dalam siasatan.

Von Weizsaecker, yang merupakan seorang doktor baru sahaja selesai memberikan ceramah mengenai penyakit paru-paru di Hospital Schlosspark di barat Berlin ketika ditikam, kata jurucakap polis.

Beliau mati di tempat kejadian walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkannya.

Suspek terganggu dengan kehadiran individu lain, yang turut mengalami kecederaan parah kerana diserang suspek.

Polis membuka kertas siasatan dan dijangka akan mengumumkan butiran penyerang serta kemungkinan motif serangan berkenaan. – AFP, 20 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen