Modi ucap terima kasih Pakistan buka pintu buat penganut Sikh 


PERDANA Menteri India, Narendra Modi mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan pada hari Sabtu kerana memberikan kebenaran kepada penganut Sikh dari India menziarahi tapak suci mereka di negara itu.

Pakistan mengumumkan tapak suci itu sebagai kawasan bebas visa yang membenarkan penganut Sikh dari India melawat salah satu tapak suci mereka di kawasan sempadan Pakistan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, kerana menghormati sentimen India, saya berterima kasih atas kerjasamanya,” kata Modi dalam sebuah ulasan televisyen.

Beliau mengulas ketika perasmian kawasan itu di sempadan India.

Ulasan dengan ucapan terima kasih itu jarang berlaku di antara pemimpin kedua-dua buah negara yang merupakan saingan sengit program nuklear. – AFP, 9 November, 2019. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen