Najib halang 1MDB diaudit, kata bekas CEO


Bede Hong Noel Achariam

Najib Razak mengarahkan Jabatan Audit Negara tidak melakukan audit ke atas 1MDB, kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 September, 2019.

NAJIB Razak menghalang Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan audit ke atas 1MDB pada Disember 2009, beberapa bulan selepas kerajaan persekutuan mengambil alih pemilikan dana kekayaan negara itu, kata seorang saksi di mahkamah tinggi hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya memberitahu beliau menulis sepucuk surat bertarikh 11 Disember 2009 dialamatkan kepada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu untuk meminta audit tidak dijalankan agensi kerajaan itu.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen