Lelaki maut ketika cuba selamatkan penyu di Turki


Seorang lelaki maut di barat daya Turki pada Khamis ketika cuba menyelamatkan seekor penyu yang terkandas di sebuah lebuh raya. – Gambar fail AFP, 16 Ogos, 2019.

SEORANG lelaki maut di barat daya Turki pada Khamis ketika cuba menyelamatkan seekor penyu yang terkandas di sebuah lebuh raya, lapor agensi berita Anadolu.

Turgay Nacak dilaporkan ternampak seekor penyu di tengah-tengah lebuh raya Civril-Denizli ketika memandu ke arah wilayah Denizli.

Beliau keluar dari kereta dan ingin menyelamatkan haiwan itu namun dilanggar oleh sebuah kenderaan yang melewati kawasan tersebut.

Nacak meninggal dunia di tempat kejadian, menurut pasukan perubatan yang bergegas ke sana.

Pemandu kereta yang melanggar mangsa dan turut cedera dalam insiden itu dibawa ke hospital untuk rawatan. – Bernama, 16 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen