Tujuh maut, ribuan hilang tempat tinggal di Sudan


Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam kejadian hujan lebat yang menyebabkan banjir besar di Sudan. – Gambar EPA, 14 Ogos, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang terbunuh dalam kejadian hujan lebat yang menyebabkan banjir besar di Sudan, kata agensi berita negeri itu.

“Tujuh orang terbunuh, dua cedera dan 10 kampung dilanda banjir di negeri Jazira,” kata SUNA.

Hujan lebat yang beberapa hari melanda Sudan turut memusnahkan beberapa rumah di ibu negara Khartoum.

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh minggu lalu di Jazira dan ribuan penduduk terjejas akibat banjir yang melanda wilayah barat Darfur. – AFP, 14 Ogos, 2019.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen