4 anggota tentera cedera letupan di Yala


Wilayah Yala di selatan Thailand bergolak dengan pemberontak puas pemisah. – Gambar EPA, 23 Julai, 2019.

EMPAT anggota tentera cedera dalam letupan bom di Kampung Pawang, daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, ketika mereka menaiki trak pikap dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas.

Jurucakap polis di Bannang Sata berkata bom buatan sendiri seberat 40 kilogram itu ditanam di dalam jalan raya dan diaktifkan dengan menggunakan bateri, setibanya trak pikap itu di tempat kejadian kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Katanya berikutan letupan itu, trak pikap yang dinaiki terpelanting dan menyebabkan empat anggota tentera itu cedera selain mengakibatkan lubang  sedalam satu meter di atas jalan raya.

Semua mangsa kini dirawat di Hospital Bannang Sata. – Bernama, 23 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen