Lelaki ditahan kerana ceroboh Istana Buckingham


Lelaki tidak bersenjata dan berusia 22 tahun itu ditahan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan semalam. – Gambar AFP, 11 Julai, 2019.

SEORANG lelaki ditahan kerana memanjat pagar Istana Buckingham di mana Ratu Elizabeth II menginap semalam, kata pegawai.

Lelaki tidak bersenjata dan berusia 22 tahun itu ditahan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan. Polis mengesahkan kejadian tiada kaitan dengan keganasan.

Akhbar The Sun melaporkan penceroboh berkenaan berkeliaran di kawasan istana selama empat minit sebelum ditahan.

Seorang jurucakap mengesahkan Ratu Elizabeth berada di istana selepas menghadiri mesyuarat mingguan bersama Perdana Menteri Theresa May semalam. – AFP, 11 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen