Culik 2 wanita Kanada, Ghana tahan 6 suspek


PEGAWAI keselamatan Ghana menahan lapan suspek kerana disyaki menculik dua wanita muda Kanada di Kumasi, 280 kilometer di utara ibu negara itu, dedah Menteri Penerangan Kojo Oppong Nkrumah pada lewat Rabu.

Suspek terdiri daripada lima rakyat Ghana dan tiga rakyat Nigeria, yang ditahan oleh pasukan keselamatan yang menjalankan operasi bagi menyelamatkan mangsa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan menteri berkenaan.

Bailen Chitty, 19, dan Lauren Patricia Catherine, 20, yang diculik pada 4 Jun, diselamatkan pada awal pagi semalam di Kenyasi berhampiran Kumasi, di mana mereka ditahan oleh penculik.

Menurut menteri itu, suspek melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan namun berjaya dipatahkan, yang membawa kepada kejayaan menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata keseluruhan operasi itu dilaksanakan pasukan Ghana.

Katanya, mangsa diterbangkan ke Accra dan sedang menjalani penilaian yang diperlukan susulan pengalaman traumatik mereka. – Bernama, 13 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen