Kapal terbang bawa menteri Sarawak tergelincir


SEBUAH kapal terbang milik Hornbill Skyways Sdn Bhd tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi.

Difahamkan pesawat tersebut membawa Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Fatimah Abdullah bersama lima penumpang lain.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.09 petang sebelum anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dikerahkan membantu Bomba Lapangan Terbang (AFRS).

“Pesawat Beechcraft itu dalam perjalanan dari Mukah ke Kuching yang ketika mendarat pesawat tersebut tergelincir dari landasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu berkata semua enam penumpang dan juruterbang pesawat berjaya keluar dari pesawat dengan selamat. – Bernama, 24 September, 2017.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen