1 daripada 2 rakyat Malaysia setuju wajibkan anggota Parlimen isytihar aset


Tinjauan dibuat UCSI Poll Research Centre mendapati 54.5% responden bersetuju dengan cadangan SPRM perkenal undang-undang baru mewajibkan pengisytiharan aset ole ahli Parlimen dan Adun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Jun, 2019.

SATU daripada dua individu yang ditinjau baru-baru ini bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan pengisytiharan aset oleh anggota Parlimen sebagai wajib, kata UCSI Poll Research Centre hari ini.

Pusat yang dikendalikan Universiti UCSI berkata 54.5% daripada responden yang ditinjau berkata mereka bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi mewajibkannya.

Kaji selidik itu dijalankan di kalangan 1,015 rakyat Malaysia secara rawak antara 20 dan 29 Mei tahun ini.

Dapatkan itu juga menunjukkan sejumlah 61.1% orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu berkata mengisytiharkan aset adalah “Alat Antirasuah’ yang hebat.

Ia menambah hanya 29.9% daripada mereka tahu negara belum mewujudkan undang-undang untuk memaksa penggubal undang-undang mengisytiharkan aset mereka.

Ketua Eksekutif UCSI Poll Research UCSI Dr Noppadon Kannika berkata hasil memberikan petanda baik walaupun 38.9% responden mengatakan tindakan itu adalah ancaman terhadap privasi peribadi.

“Ini adalah petanda yang baik untuk era kuasa terbuka. Semua penggubal undang-undang harus menerima cadangan itu. Kesannya, rakyat akan mempunyai kepercayaan terhadap politik dan pengurusan kuasa di Malaysia,” kata Noppadon dalam satu kenyataan.

“Kaji selidik ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia mahu wakil mereka telus dan bebas daripada rasuah.

“Pengenalan undang-undang baru untuk memaksa ahli Parlimen dan Adun mengisytiharkan aset mereka pasti akan meningkatkan keyakinan di kalangan pengundi dan menghapuskan amalan rasuah,” kata Noppadon.

Beliau menambah mewajibkan setiap penggubal undang-undang mengisytiharkan asetnya akan mencerminkan positif di kalangan ahli politik dan seterusnya meningkatkan kedudukan negara dalam Transparency International.

Bulan lalu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Antirasuah memutuskan untuk meminta ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan aset mereka kepada kerajaan.

Beliau berkata ini akan dimulakan selepas cadangan itu dibawa kepada speaker Dewan Rakyat.

Pada masa ini, tidak ada undang-undang memaksa penggubal undang-undang untuk mengisytiharkan aset mereka.

Bagaimanapun dilaporkan SPRM sedang meminda pindaan Akta SPRM 2009 atau memperkenalkan undang-undang baru berkaitan pengisytiharan aset.

Pada masa ini, penggubal undang-undang Pakatan Harapan mengisytiharkan aset mereka di laman web SPRM. – 1 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen