Sukar lawan BN yang tawar ganjaran, kata Nurul Izzah


Low Han Shaun

PKR mempunyai 'sistem saringan politik yang jelas' bagi memastikan calonnya setia kepada parti, kata Nurul Izzah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2017.

SUKAR bagi pembangkang untuk bersaing dengan ahli dalam parti pemerintah yang menawarkan pelbagai ganjaran, kata Naib Presiden Nurul Izzah dalam responnya terhadap berita mengatakan Umno akan cuba membuat beberapa wakil parti pakatan melompat parti.

“Saya fikir akan ada banyak cabaran dalam negara seperti Malaysia, di mana anda mempunyai kerajaan kleptokratik yang sentiasa menawarkan ganjaran dengan cara rasuah, katanya yang ditemui selepas majlis ‘Social City 2 Conference’ di Kuala Lumpur.

Dengan kembalinya Muhammad Muhammad Taib ke pangkuan Umno, sumber The Malaysian Insight memberitahu yang Muhammad sepatutnya turut membawa lapan wakil rakyat Pakatan bersamanya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu lagi usaha itu tidak berhasil kerana tersekat pada peringkat tertinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor juga menafikan hal ini ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Tambah Nurul Izzah lagi, PKR mempunyai ‘sistem saringan politik yang jelas’ bagi memastikan calonnya setia kepada parti.

“Sudah tentu, anda akan lakukan yang terbaik untuk pastikan calon yang tepat diberikan kedudukan, tetapi akhirnya, calon itu sendiri bertanggungjawab untuk mengikut hati nuraninya.

“Kita ada sistem yang kuat. Pada pilihan raya yang lepas, kita tubuhkan jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Saringan Calon untuk melihat kredibiliti setiap calon.

“Saya pastikan ada pemerhatian tertentu kepada calon (masuk parti), kedudukan kewangan mereka dan lain-lain,” katanya.

Dewan Selangor mempunyai 56 kerusi dengan DAP memegang 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 dan Amanah sebanyak dua kerusi. Sementara Barisan Nasional 12 manakala dua kerusi lagi dipegang parti bebas. β€“ 19 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen