.jpg)
SEMPENA Sukan Para Asean ke-9 bermula 17 hingga 23 September, 2017, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri menghasilkan sebuah video berjudul “Duri Dan Api” khusus untuk menyuntik semangat atlet negara yang bertanding.
Video ini dicetuskan sebagai salah satu proses merakyatkan UPE di mana program akan dilaksanakan untuk mendekatkan lagi UPE dengan rakyat.
Video “Duri Dan Api” yang dihasilkan ini hanyalah titik permulaan. UPE akan menerbitkan lebih banyak video seperti ini pada masa hadapan.
Video ini diilhamkan daripada puisi dengan judul sama oleh Sasterawan Negara Usman Awang, yang ditulis pada 1960-an. Ia sebuah puisi perjuangan di mana penyair menulis “di depan duri di belakang api” yang membawa maksud jika hanya berdiam diri tanpa berjuang maka ibaratnya kita hanya menunggu kekalahan.
Atas semangat yang disuntik oleh puisi tersebut, UPE merasakan inti pati yang sama mampu melonjak semangat atlet negara yang bertanding dalam Sukan Para Asean Ke-9, semoga mereka dapat berjuang dengan penuh semangat untuk membawa kemenangan buat Negaraku Malaysia. – 17 September, 2017.
* Abdul Rahman Dahlan ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
Komen