Noraini dipilih Pengerusi PAC yang baharu


Noraini Ahmad dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 April, 2019 

NORAINI Ahmad dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu menggantikan Ronald KIandee yang keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Bersatu.

Pelantikan ketua wanita Umno itu selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan untuk melantik pemimpin pembangkang sebagai pengerusi PAC.

Noraini dilantik tanpa pengundian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong membentangkan usul pelantikan itu.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melantik seorang pemimpin pembangkang untuk memegang jawatan itu selepas pada mulanya enggan berbuat demikian.

Ia juga menyaksikan ancaman peletakan jawatan anggota PAC dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tetapi kesemua mereka menarik balik keputusan itu selepas Putrajaya bersetuju menggantikan Kiandee dengan Noraini. – 11 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen