613,000 warga emas Jepun hidup terasing


Selain masalah rakyatnya yang semakin berusia, Jepun dilanda fenomena hikikori apabila rakyatnya secara sukarela mengasingkan diri mereka sepenuhnya daripada masyarakat. – Gambar AFP, 29 Mac, 2019.

LEBIH 600,000 warga Jepun berusia 40 tahun ke atas hidup terasing sepenuhnya daripada masyarakat, tinggal di rumah lebih daripada enam bulan tanpa ada interaksi sosial, menurut anggaran dikeluarkan kerajaan hari ini.

Fenemona yang berleluasa di Jepun sehingga mencetuskan nama sendiri- hikikomori- dimaknakan sebagai seseorang yang tidak ke sekolah atau bekerja selama lebih enam bulan dan tidak berinteraksi dengan orang luar selain keluarga mereka dalam tempoh itu.

Kajian kerajaan yang dikeluarkan hari ini menganggarkan terdapat 613,000 hikikomori berumur antara 40 hingga 64 tahun wujud, dengan tiga per empat daripada jumlah tersebut adalah lelaki.

“Jumlah itu lebih besar berbanding andaian kami. Hikikomori bukan lagi isu orang muda,” kata pegawai Pejabat Kabinet kepada AFP.

Sebelum ini, fenemona itu melanda remaja dan mereka dalam usia 20-an, tetapi populasi Jepun yang semakin berusia menyaksikan jumlah pertengahan usia yang mengasingkan diri mereka semakin bertambah.

Separuh daripada mereka yang terlibat dalam kajian itu mengasingkan diri lebih tujuh tahun, kata kerajaan.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding jumlah hikikomori berusia bawah 39 tahun, dianggarkan berjumlah 541,000 orang menurut kajian kerajaan dikeluarkan pada 2016.

Ramai hikikomori diandaikan menerima bantuan kewangan daripada ibu bapa mereka yang sudah tua.

Rika Ueda yang bekerja untuk kumpulan kebajikan yang menyokong ibu bapa mempunyai anak hikikomori, berkata beliau tidak terkejut dengan hasil kajian itu.

“Data kerajaan menyokong kajian kami menunjukkan lebih ramai hikikomori berusia,” katanya kepada AFP.

“Tetapi, kami tak sedar ada antara mereka yang berusia 60-an,” katanya.

“Ia menunjukkan sukar untuk hidup dalam masyarakat Jepun. Hikikomori lebih rela berada dalam rumah tanpa berjumpa sesiapa,” katanya.

Ueda mencadangkan ia berlaku kerana persekitaran kerja yang sangat tinggi persaingan dan tekanan diberikan kepada individu.

“Saya fikir kajian menunjukkan kita perlu bertanya diri sendiri apa maksud sebenar kebahagian kepada kita semua,” katanya. – AFP, 29 Mac, 2019.

 


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen