Speaker henti debat RUU355, tangguhkan Parlimen


SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia hari ini menghenti perdebatan RUU355 sebelum mereka yang menentangnya menyampaikan hujah mereka, dan menangguhkan prosiding, menyebabkan kekecohan di Parlimen.

Pandikar menghentikan perdebatan dan berjalan keluar pada jam 4 petang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman membentangkan usul menangguhkan prosiding.

Ahli Parlimen lain mula menjerit “takut”, “ayam” semasa Pandikar meninggalkan ruang Parlimen.

Tiada siapa menyangka penangguhan itu kerana beranggapan satu lagi sesi maraton seperti semalam apabila prosiding berakhir pada jam 5 pagi hari ini.

Pandikar membuat pengumuman itu selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan melengkapkan hujahnya terhadap usul persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355).

Pandikar berkata beliau menjadi speaker selama sembilan tahun, dan gembira kerana mempunyai kuasa penuh menjalankan sesi tanpa sekatan.

Beliau berkata memahami RUU355 jelas selepas mendengar, Hadi dan Takiyuddin.

Sejurus itu, speaker memberi kejutan apabila mengumumkan debat itu ditangguhkan tanpa tarikh, menyebabkan ahli Parlimen pembangkang yang tidak mempunyai peluang untuk lebih banyak bercakap, tergamam.

“Tan Sri, anda tidak adil. Anda tidak mengatakannya lebih awal. Anda mengejutkan kami.”

Laungan “bodoh”, “takut”, “kuasa disalahgunakan” kedengaran semasa Pandikar meninggalkan Dewan.

Ahli Parlimen menjangkakan berpeluang menyuarakan pendapat mereka semasa perdebatan dan mengundi rang undang-undang kontroversi itu.

Terdahulu, Takiyuddin, yang menyokong rang undang-undang itu, berkata ramai ahli Parlimen bukan Islam juga di Dewan Rakyat pada 1965 apabila RUU355 asal diluluskan tanpa perbahasan.

Beliau menamakan mendiang Lee Kuan Yew (Singapura) dan Dr Lim Chong Eu (Pulau Pinang).

Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) mencelah pada masa itu, ia dibentangkan oleh kerajaan.

“Kerajaan boleh membentangkan. Mengapa kali ini, PAS melakukannya? Adakah rang undang-undang diperkenankan oleh Raja-raja?” Hanipa bertanya.

Takiyuddin mempertahankan pembentangan oleh PAS kerana ia diperuntukkan dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Khoo Soo Seang (Tebrau-BN) berkata kepada Takiyuddin yang sebelum ini, ahli Parlimen bukan Islam tidak membantah RUU355 dan pindaannya kerana tidak ada perbincangan untuk melaksanakan hudud. – 6 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Rakyat semua sudah boleh nampak betapa PKR DAN PAN adalah kuda DAP untuk menyekat Islam. HAPUSKAN PKR DAN PAN!!!

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Aris Penampar · Ulasan