Pakatan kerja keras siapkan manifesto akhir PRU14


PAKATAN Harapan (PH) kini bekerja keras dalam mempersiapkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kini berada pada peringkat terakhir dengan melakukan beberapa penambahbaikan seiring perubahan semasa.

Menurut presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerja keras dalam melaksanakan manifesto itu adalah satu keperluan memandangkan kepincangan-kepincangan yang telah dilakukan kerajaan seolah-olah ditutupi selepas temasya Sukan SEA ke-29 dan sambutan kemerdekaan.

“Kita sedang memperbaiki, terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana mereka juga dalam Malaysia dan kita mesti menyesuaikan dengan manifesto itu.

“Walaupun Sabah dan Sarawak itu jauh, tetapi kita perlu memikirkan juga apa yang mereka perlukan dan lebih menumpukan dalam manifesto kita nanti,” katanya lapor akhbar Sinar Harian.

Beliau berkata, manifesto itu juga mampu memberikan peluang yang lebih cerah bagi PH memenangi PRU nanti.

“Insya-Allah ada peluang, tapi kita kena bekerja keras sebab sekarang ini tidak dapat dinafikan selepas Sukan SEA dan sambutan kemerdekaan, ia menaikkan semangat apa yang telah kerajaan buat selama ini dan menutupi segala kepincangan-kepincangan yang berlaku.

“Kita juga mesti buat sesuatu dan mengubah keadaan untuk diri sendiri serta masa depan Malaysia ke arah yang lebih baik,” katanya. – 3 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen