Bantuan beras masa pilihan raya bukan rasuah, kata SPRM


BANTUAN seperti beras atau sumbangan kepada golongan miskin bukan rasuah, tetapi elaun perjalanan untuk pengundi dianggap sebagai rasuah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata tawaran kepada pengundi dalam bentuk wang tunai atau hadiah adalah rasuah, lapor The Star Online hari ini.

“Contohnya, jika pengundi ditawarkan elaun untuk pulang dan mengundi, atau dibayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu,” katanya.

Bagaimanapun, SPRM berkata bantuan tulen seperti beras atau sumbangan tidak akan dianggap rasuah.

Perayu undi juga tidak dianggap sebagai rasuah, katanya.

“Sepanjang tempoh kempen, parti politik biasanya akan membuat pelbagai janji, seperti bina lebih banyak rumah. Itu bukan rasuah.”

Azam berkata SPRM dan polis akan menubuhkan satu unit untuk memantau aktiviti rasuah sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-14.

“Jika pasukan itu menerima sebarang laporan daripada orang awam, kes seumpama itu akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Anti Rasuah dan Kanun Keseksaan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata SPRM juga tidak akan meminda undang-undang itu untuk calon secara mandatori perlu mengisytiharkan aset mereka. – 2 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen