Sidang kemuncak Trump, Kim di Vietnam mungkin bulan Mac


Pertemuan yang dijangka pada bulan Mac atau April itu adalah pertemuan intim kali kedua antara kedua-dua pemimpin itu. – Gambar AFP, 17 Januari, 2019.

SIDANG kemuncak kedua antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dijadual diadakan pada Mac atau April di bandar Danang, Vietnam menurut agensi berita Yonhap memetik laporan media pada hari Khamis.

Washington Post melaporkan Trump dijangka mengumumkan lokasi dan tarikh pertemuan itu seawal Jumaat selepas mesyuarat dengan Kim Yong Chol, seorang pegawai tinggi Korea Utara yang dijangka tiba di Washington hari Khamis.

Laporan itu mengatakan Trump dijangka bertemu dengan pegawai Korea Utara itu pada Jumaat.

Vietnam dipilih sebagai lokasi sesuai untuk mengadakan sidang kemuncak itu dan kerajaan Vietnam juga dilaporkan bersedia menjadi tuan rumah. – Bernama,17 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen