PTPTN bayar zakat sejuta kepada Kedah


Bayaran zakat itu disampaikan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan kepada Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang dalam satu majlis di Alor Setar, semalam. – Gambar ehsan PTPTN, 28 Disember, 2018.

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar zakat RM1juta kepada Lembaga Zakat Kedah bagi meringankan beban usaha membantu golongan asnaf di negeri itu.

Bayaran zakat itu disampaikan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan kepada Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang dalam satu majlis di Alor Setar, semalam.

“Pembayaran zakat ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak usaha pembangunan asnaf dan pembasmian kemiskinan di negeri Kedah,” kata Wan Saiful dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap usaha kecil itu dapat mengukuhkan hubungan PTPTN sebagai agensi persekutuan dengan negeri.

Wan Saiful juga berkata pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Zakat Kedah untuk menjalin kerjasama strategik demi kebaikan rakyat negeri itu. – 28 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen