Suhakam tangguh perhimpunan atas sebab keselamatan


PERHIMPUNAN anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dijadualkan esok akan ditangguhkan selepas polis memaklumkan kepada penganjur mengenai “risiko keselamatan yang serius”.

Perhimpunan bersempena Sambutan Hari Hak Asasi Manusia itu dijadualkan diadakan sejam sebelum perhimpunan anti ICERD esok.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Suhakam berkata perhimpunan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memaklumkan kepada Suhakam dan Pejabat Perdana Menteri tanpa butiran bahawa terdapat risiko keselamatan yang serius ekoran perhimpunan esok,” menurut kenyataan itu.

“Suhakam kecewa apabila kerajaan yang komited pada hak asasi manusia seakan-akan dipengaruhi oleh taktik tekanan dan ekstremisme sehingga menyebabkan perhimpunan yang dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan.”

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadualkan berucap dan meramsikan acara itu.

Seorang pegawai berpangkat tinggi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ini memberitahu The Malaysian Insight polis sudah mengarahkan Suhakam menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia dengan alasan tidak cukup anggota untuk ditempatkan pada hari itu.

“Ya, kami minta mereka tangguhkan. Keupayaan kami untuk pantau perhimpunan itu terhad,” kata sumber berkenaan.

Pegawai itu tidak mendedahan apakah isu keselamatan yang dimaksudkan. – 7 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.    


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen