Adun PKR kesal dipersalahkan atas penahanan Phee


Adun Penanti Dr Norlela Arifin dikatakan menjadi punca penangkapan Phee Boon Poh susulan usahanya menutup kilang penapis karbon haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. – Gambar Facebook, 13 Ogos, 2017.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Dr Norlela Ariffin, kecewa kerana dipersalahkan dengan penahanan exco Pulau Pinang daripada DAP Phee Boon Poh, menurut laporan The Star hari ini.

Norlela kini dilihat sebagai punca bagi penangkapan Phee susulan usahanya menutup kilang penapis karbon haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

“Semua orang marah saya. Saya berasa sungguh kecewa,” katanya.

Norlela berkata beliau juga dituduh membangkitkan isu itu susulan pilihan raya umum yang semakin hampir, menegaskan yang beliau bertindak demikian selepas ramai penduduk kampung mengadu mengenai kilang itu.

“Saya bukan penjenayah,” katanya semalam.

“Saya gembira kerana akhirnya tindakan diambil, tetapi jangan layan saya seperti penjenayah. Bagi saya, isu kilang yang beroperasi secara haram sejak 10 tahun lalu adalah serius. Saya membangkitkan isu itu di dewan negeri selepas melawat kilang pada 2015, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya. – 13 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen