TAHUN 2022 melabuhkan tirainya dengan pelbagai peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan bagi rakyat Malaysia.
Antara peristiwa yang meninggalkan kesan adalah pilihan raya umum, yang menyebabkan pesaing sengit Umno, DAP dan Gabungan Parti Sarawak mengetepikan perbezaan mereka untuk membentuk kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, menamatkan perjuangannya selama berdekad-dekad untuk memegang jawatan tertinggi negara. – 31 Disember, 2022.
Kolaj pengundi kali pertama (kiri atas ke kanan) Mohd Afiq 21, Zhi Hsuen 18, Harenaeshwar 22, Nazira 19, Anna Ismail 20, Afif 21, Ain Noh 20, Meenaa Muniandi 24, Piretive 19, Lee Hui Ying 23, Emir Shaufy 21, dan Emilia, 19, di Kuala Lumpur, pada 19 November 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember, 2022.Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersiap sedia untuk mengumumkan barisan Kabinetnya, di Putrajaya, pada 2 Disember 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember, 2022.Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bercakap di sebelah timbalannya Mohamad Hasan pada sidang media selepas mesyuarat parti, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada 4 Oktober 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember, 2022.Bekas perdana menteri Najib Razak diiringi ke penjara Kajang selepas didapati bersalah melakukan rasuah pada 23 Ogos 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember, 2022.Rosmah Mansoor (kanan), isteri bekas perdana menteri Najib Razak, meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah dalam kes rasuah RM1.25 bilion, di Kuala Lumpur pada 1 September 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli , 31 Disember, 2022.Crackhouse Comedy Club ditutup pada 11 Julai 2022 selepas seorang pelawak disifatkan menghina Islam dalam persembahannya di premis itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Disember, 2022.Menteri Pendidikan Radzi Jidin semasa kempen pilihan raya di Keramat, Kuala Lumpur, pada 14 November 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Disember, 2022.Rosmah Mansor (berpakaian kuning) meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Disember, 2022.Presiden PKR Anwar Ibrahim disambut penyokongnya pada hari penamaan calon pilihan raya di Tambun, Perak, pada 5 November 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Disember, 2022.Seorang petugas penyelamat berehat seketika semasa mencari mangsa hilang akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands pada 19 Disember 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember, 2022.Pasukan penyelamat bekerja dalam kegelapan bagi mencari mangsa yang masih hilang selepas tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands pada 23 Disember 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember, 2022.Salehin Ibrahim menunjukkan tiang yang dipautnya ketika air dari sungai menghanyutkan anjingnya, di Sungai Lui, Hulu Langat, pada 11 Januari 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember, 2022.Seekor anjing bernama Stoner menyejukkan badan di sungai di pusat terapi haiwan K9 Cottage di Sungai Lui, Hulu Langat, pada 11 Januari 2022. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Disember 2022.
Komen