Orang muda #Lawan pemimpin bobrok


Hasnoor Hussain Najjua Zulkefli Seth Akmal

SEMUA jalan sekitar Dataran Merdeka disekat menjelang protes orang muda di tengah ibu kota pagi ini bagi mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), sebuah gabungan pergerakan masyarakat sivil dan aktivis muda, juga mendesak pembukaan sepenuhnya sidang Parlimen dan moratorium automatik pinjaman.

Kesemua tuntutan yang bertujuan mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat disebabkan sekatan pergerakan mencegah Covid-19 yang berlanjutan dari tahun lepas.

Lebih seribu aktivis berpakaian serba hitam turut membawa bendera hitam, plakad dan sepanduk tertulis pelbagai desakan seperti “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Kerajaan Pembunuh”, merujuk kepada lebih 8,000 orang yang hilang nyawa kerana Covid-19.

Ada juga yang membawa “jenazah putih”, simbol mereka yang terbunuh kerana Covid-19, lima “jenazah putih” juga diletakkan di jalan berhampiran Dataran Merdeka. – 31 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen