Lembah Klang dibekalkan air sementara menunggu bekalan pulih


Hasnoor Hussain Nazir Sufari Najjua Zulkefli

LEBIH daripada 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada Khamis apabila empat loji rawatan air ditutup kerana pencemaran sungai berpunca daripada kilang di Sungai Gong, Rawang, Selangor.

Kuala Lumpur, Shah Alam dan Gombak antara kawasan yang mengalami krisis bekalan air selain beberapa lagi kawasan lain. Air dijangka pulih pada Isnin ini. 

Kilang yang bertanggungjawab di sebalik masalah pencemaran ini dikenali sebagai Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd yang menjalankan perkhidmatan dan menyelenggara jentera berat.

Syarikat itu didakwa membuang minyak hitam ke dalam longkang yang dibawa ke sungai. – 6 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen