Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih berkobar di Hari Kebangsaan ke-62


Najjua Zulkefli Seth Akmal Hasnoor Hussain

LANGIT biru, semangat patriotisme, perjuangan kebangsaan, identiti dan anti-rasuah memeriahkan perarakan Hari Kebangsaan ke-62 tahun ini.

Dengan tema “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”, sambutan di Dataran Putrajaya Square turut menampilkan empat komponen bagi menyokong aspirasi itu, iaitu kebangsaan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih “.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang dimahkotakan sebagai pemerintah ke-16 pada 30 Julai lalu, turut mengalu-alukan acara itu, bersama dengan Permaisuri Agong Tunku Azizah.

Perarakan, yang bermula pukul 6.30 pagi, disiarkan secara langsung di seluruh negara. – 31 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen