Bandaloop terbang tinggi di langit Kuala Lumpur


Najjua Zulkefli

DIASASKAN oleh Amelia Rudolph, Bandaloop merupakan “tarian langit” dan usaha memberikan makna imaginasi baharu terhadap tarian, di ruang awam yang mencetuskan keajaiban dan meluaskan imaginasi di seluruh dunia.

Berpangkalan di Oakland, California, Bandaloop menghasilkan karya terbaru dua kali setahun, ia mempersembahkan karyanya di tempat kelahirannya, juga membawa keajaiban terbaru itu ke di seluruh dunia. Syarikat itu sudah membuat persembahan ditonton jutaan orang di lebih 20 buah negara di Eropah, Afrika, Timur Tengah, Amerika dan Asia.

Terinspirasi daripada gerak kerja seni memanjat dan menakik, reka tarinya menggabungkan pergerakan menegak, mendatar dan melurus untuk membentuk tarian gabungan seni menakjubkan tarian, sukan, ritual dan kesedaran alam sekitar.

Syarikat tarian vertikal itu adalah sebahagian penggiat seni yang terlibat dalam Sidang Kemuncak Seni dan Budaya Dunia ke-8 dianjurkan Malaysia.

Persembahan di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini memberikan makna baharu kepada “terbang tinggi” di langit Kuala Lumpur. – 13 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen