Najib, Irwan dan Hasanah didakwa


Seth Akmal Najjua Zulkefli

BEBERAPA pertuduhan jenayah lagi hari ini dikenakan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak, kali ini bersama-sama bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Kedua-duanya yang memegang jawatan penting dalam dana pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad ketika pentadbiran Barisan Nasional didakwa atas pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Hari ini. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Seorang lagi orang kanan Najib, bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Negara Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid- yang mengetuai unit perisikan dalam Jabatan Perdana Menteri- juga didakwa dengan satu pertuduhan pecah amanah kerana salah guna dana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. – 25 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen