UAE beri vaksin China percuma kepada rakyat


Pusingan pertama suntikan vaksin membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas diikuti dengan golongan lain. – Gambar EPA, 31 Januari, 2021.

EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) akan menyediakan vaksin Covid-19 dihasilkan China secara percuma kepada rakyat dan penduduk Dubai, umum Jabatan Kesihatan Dubai pada Sabtu. 

Menurut kenyataan jabatan itu, pusingan pertama suntikan vaksin membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas diikuti dengan golongan lain.

Sebelum ini, institusi perubatan di bawah Jabatan Kesihatan Dubai hanya menyediakan vaksin dihasilkan syarikat Pfizer di Amerika Syarikat (AS) dan Jerman.

Vaksin buatan China yang disediakan itu bertujuan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat. – Bernama, 31 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen