Rohingya mengharap bantuan kita


PENINDASAN dan serangan ke atas umat Islam Rohingya – yang berlarutan selama hampir 250 tahun – meruncing secara mendadak sejak 2012.

Hampir 1,000 umat Islam mati syahid di Wilayah Rakhine pada Jun tahun yang sama. Kira-kira 125,000 orang diusir dari rumah dan kampung masing-masing, sehinggakan terpaksa tinggal di kawasan pergunungan dan hutan.

Sejak dua tahun lepas, kerajaan Myanmar telah melancarkan kempen pemusnahan, pembakaran terbuka, pertumpahan darah dan kekejaman, yang bertujuan menghancurkan keseluruhan umat Islam Rohingya.

Pada Oktober 2016, kira-kira 100,000 umat Islam Rohingya terpaksa berpindah berikutan keganasan dan penindasan oleh pihak tentera. Lebih 75,000 orang Islam terpaksa tinggal di Kem Kutupalong dan sekitarnya di kawasan Cox’s Bazar di Bangladesh; Kutupalong diketahui umum sebagai kem pelarian paling teruk di dunia.

Akhirnya, konflik di wilayah Rakhine meletus selepas peristiwa pembunuhan 10 pegawai polis oleh pejuang Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA). Menyalahkan masyarakat Islam Rohingya sebagai bertanggungjawab atas kematian pegawai-pegawai polis itu, pasukan tentera Myanmar, melancarkan gerakan memburu pembunuh di wilayah itu dan melakukan keganasan terhadap masyarakat Rohingya yang tidak bersalah.

Masyarakat Rohingya yang melarikan diri dari serangan, di mana beribu-ribu umat Islam mati syahid, dibakar hidup-hidup serta puluhan ribu lagi diseksa, bagaimanapun seperti biasa mereka tidak diterima oleh pihak polis di sempadan Bangladesh. Kira-kira 60,000 umat Islam masih bertarung untuk terus hidup di kawasan pergunungan kerana mereka tidak boleh menyeberangi sempadan.

Kesudian Bangladesh membenarkan 270,000 Rohingya berlindung walaupun mempunyai sumber yang terhad banyak membantu pelarian. – Gambar AFP, 12 September, 2017.

Wakil hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, Yanghee Lee, berkata keadaan di Rakhine, yang diserang oleh tentera dan pelbagai kumpulan sejak 25 Ogos, kini “lebih buruk” berbanding Oktober lepas. Namun, agak melegakan apabila baru-baru ini Bangladesh membenarkan 270,000 Rohingya berlindung di kem mereka walaupun mempunyai sumber yang terhad.

Kerajaan Myanmar dan bayangan di sebalik kesemua kejadian itu, Presiden Aung San Suu Kyi, memberikan penjelasan tidak berasas seperti “tidak ada pembersihan etnik,” atau “laporan dibesar-besarkan” untuk menutup fakta. Berdasarkan penjelasan yang tidak berasas itu, dia tidak membenarkan bantuan kemanusiaan kecemasan untuk sampai ke wilayah itu.

Dengan cara demikian, Rohingya yang terselamat dan berada dalam keadaan lapar, dahaga, tiada tempat tinggal, lemah, sakit, cacat serta terluka boleh dihapuskan dengan menghalang mereka daripada mendapat keperluan mendesak seperti bekalan makanan, tempat tinggal dan ubat-ubatan.  

Baru-baru ini, unsur misteri yang berada di barisan hadapan dan memainkan peranan penting dalam kekejaman terhadap Muslim Rohingya, adalah pejuang ARSA. Seperti yang diketahui, bencana terbaru yang dialami orang Rohingya adalah serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar pada 25 Ogos oleh ARSA di mana 10 anggota polis terbunuh.

Malah, serangan, pembunuhan beramai-ramai dan pengusiran yang menyasarkan Rohingya pada Oktober 2016 juga adalah tindak balas berdarah pasukan keselamatan Myanmar terhadap serangan yang dilakukan oleh ARSA.

Dalam erti kata lain, apa juga peranan utama Al Qaeda, Taliban dan kumpulan militan Islamic State (IS) dalam pemusnahan, penghapusan etnik dan pembunuhan beramai-ramai di Afghanistan, Iraq, Syria, Yemen dan Libya, peranan yang sama kini dimainkan oleh ARSA di Rakhine.

Seperti yang kita ketahui, terdapat persaingan antarabangsa bagi simpanan gas dan minyak yang banyak di Teluk Bengal, di luar pantai Rakhine. Kedua-dua pesaing terbesar adalah UK dan China. Satu-satunya cara untuk mengangkut sumber tenaga dari Teluk ke China adalah terus melalui Wilayah Rakhine.

Pemimpin yang disokong begitu lama oleh pihak British untuk mengakhiri penguasaan China di wilayah itu, seperti yang dijangkakan, Aung San Suu Kyi, yang kini dianggap sebagai pelaku utama keganasan terhadap kaum Islam Rohingya di Myanmar.

Aung San Suu Kyi, yang diperkenalkan sebagai wanita yang akan mengakhiri penguasaan Beijing, disokong dalam tugas itu, dengan kata lain, untuk tugas menyekat saluran penghantaran tenaga Myanmar-China melalui Rakhine.

Walaupun banyak kecaman dan protes dibuat terhadap kerajaan Myanmar, hanya tindak balas kolektif dan sekatan sepakat oleh negara-negara Islam dapat dapat membantu masyarakat Islam di wilayah Rakhine yang tidak dilindungi dan dipedulikan dunia. – Gambar AFP, 12 September, 2017.

Dikatakan setakat ini, adalah perlu untuk mewujudkan penguasaan dan kawalan sepenuhnya serta sektor keselamatan di rantau Rakhine dengan mengubahnya menjadi “no man’s land”.

Seperti yang anda lihat, penduduk wilayah itu yang terdiri daripada masyarakat Islam Rohingya, dianggap sebagai satu-satunya penghalang yang berada di tengah-tengah strategi berbahaya itu. Ini adalah hakikat di sebalik dasar pembunuhan beramai-ramai, yang menjadi semakin teruk baru-baru ini, lebih-lebih lagi terhadap rakyat miskin di rantau itu.

Penindasan, penganiayaan, penyeksaan dan ketidakadilan terhadap umat Islam Rohingya, secara rasmi diisytiharkan sebagai orang yang paling dianiaya di dunia oleh PBB, belum pernah terjadi sebelumnya.

Kezaliman itu, yang malangnya masih berleluasa secara terang-terangan harus dibantah dan masyarakat antarabangsa perlu campur tangan secara aktif demi tamadun dan kemanusiaan, dan oleh masyarakat Islam demi iman dan persaudaraan.

Sehingga kini, sifat kemanusiaan telah terpinggir sebagai penonton semata-mata dan tidak berbuat apa-apa kecuali teguran demi teguran serta kutukan manakala masyarakat Islam Rohingya menjadi mangsa penyeksaan dan pembunuhan yang tidak tergambarkan.

Bagaimanapun, keadaan yang menyedihkan ini boleh dihentikan dengan tindakan bersama yang tegas oleh dunia Islam. Tindak balas kolektif dan sekatan sepakat oleh negara-negara Islam dapat membuktikan bahawa masyarakat Islam di wilayah itu  dilindungi dan dipedulikan.

Melindungi golongan itu yang telah mengalami pelbagai penderitaan di tangan orang sekeliling mereka, yang melihat sekeliling dengan keadaan menakutkan kecuali diri mereka sendiri, mengakhiri penderitaan mereka, membawa kedamaian, kebahagiaan dan keamanan kepada mereka setelah bertahun-tahun berada dalam ketakutan dan kesengsaraan, pada dasarnya adalah kewajipan semua umat Islam.

Masyarakat antarabangsa mungkin terus berdiam, tetapi umat Islam tidak sepatutnya! – Bernama, 12 September, 2017.

* Harun Yahya disenarai sebagai antara 500 orang Islam berpengaruh dalam dunia Turki-Islam. Bukunya yang terkenal Atlas of Creation pernah jadi perhatian di European Council.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen