Tahfiz terbakar, tragedi buruk dalam tiga dekad


Najjua Zulkefli Hasnoor Hussain Nazir Sufari

DUA puluh satu pelajar dan dua guru di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur terbunuh dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Khamis. 

Pengetua pusat tahfiz itu menyifatkan mereka yang terkorban sebagai mati syahid. Reaksi pelbagai pihak lain bagaimanapun mendesak tindakan tegas diambil terhadap pengurusan pusat tahfiz berkenaan kerana beroperasi di bangunan yang tidak mendapat kelulusan keselamatan daripada pihak berkuasa bomba dan penyelamat. 

Kejadian menyayat hati ini mengingatkan Malaysia kepada insiden hampir sama yang berlaku di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau Pondok Pak Ya di Guar Chempedak, Kedah pada 1989 yang membunuh 27 pelajar. – 15 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen